Monday, June 3, 2013

Seoul in our Soul - Day 1 : Namsan Tower

Assalamualaikum & Hi semua,

Atas permintaan, saya merendah hati ingin berkongsi pengalaman dan maklumat yang berguna (sedikit, walaupun tidak banyak) kepada sesiapa yang ingin pergi ke tempat kita dah pergi. Kita? Saya tidak gemar travel seorang, saya selesa travel bersama keluarga, dan kawan-2.

Kali ini saya akan berkongsi maklumat dan pengalaman yang kami lalui sepanjang berada di seoul dan Jeju island. Sebelum saya memulakan entry ini, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En Sukri dan Pn Ema, yang telah berusaha untuk mendapatkan tiket penerbangan AirAsia LCCT ke Seoul dan Seoul ke Jeju island yang murah, Itinerary yang cukup padat dan menarik, dan penempahan guest room/hotel yang dalam bajet kami semua. Tidak lupa juga kepada En. Suami, terima kasih kerana menjadi pemandu kepada kami sepanjang berada di Jeju island.

Season : early Summer (september)

Hari 1 - Namsan Tower.

Hari pertama kami berada di seoul adalah sangat terhad. Sampai di Seoul Airport, kami terus ke Namsan Guest house 3 (Menginap). Sampai di Guest house pun dah petang, kami pun mengambil peluang untuk mengalas perut sebelum memulakan perjalanan. Selesai sahaja mengalas perut, kami terus menuju ke N SEOUL TOWER.

INFO: 
Kami menggunakan CABLE CAR 
Fare: Round-trip: 6,300 won, One-way: 4,800 won 
Hours: 10:00~22:30
Kalau nak naik bus, taxi, dan kereta pun boleh juga ke N SEOUL TOWER.

Sampai di puncak, kena beli tiket untuk ke bahagian Observatory. Sebenarnya ada 3 pakej yang ada disediakan. 1, Observatory sahaja, 2. Teddy Bear Museum dan 3. Observatory + Teddy Bear Museum pakej. harga berlainan.

Waktu operasi : N Seoul Tower buka 365 hari setahun.




- wajib untuk saya membeli dan post ke Malaysia. Stamp and cop pos korea sangat cantik and unik. Postcard boleh didapati di sana dan boleh post dari situ. -

- Kami -

- nak juga gambar sorang di sini. -

Selesai la hari pertama kami di puncak sana.

Bersambung pada hari ke-2. :)

No comments:

Post a Comment